Tuesday, 17 April 2012

Saya OK

Assalammualaikum..


Ya ya ya ya.. sungguh boring hari ini sebab tak ada kelas sepanjang hari ini ..sambil buat muka boring tapi dalam hati bukan main lagi suka kan..tak payah cakap aku sorang je,yang lain pun sama..Duduk rumah sahaja sebab semalam dah puas keluar..kih kih kih...So daripada buang masa lebih baik aku update blog kan~~Okey,dah boleh start cerita dah . Ada sesiapa nak dengar??booooo~~~ok fine..


Macam biasa tak sah rasanya kalau 1 hari tak online facebook kan...macam korang biasa buat,check notification,check wall,balas chat n so on la..Jangan nak tipu sebab korang pun mesti buat macam aku..kih kih .. Macam aku sendiri,kadang kadang suka la jugak stalker wall orang..sila jangan fikir yang bukan bukan oke..setakat tengok gitu gitu jer..rasanya tak salah kan..Berbalik pada kisah yang tadi tuh,aku stalker seorang gadis nie..aku tak friend dengan dia pun..nak add malas la pulak..boley eak macam tuh..aku tengok punye tengok wall dia terjumpa la ada blog yang dia postkan untuk seseorang..blog tu bukan la milik dia..Aku memang suka baca blog orang..sebab bagi aku bila kita baca blog orang kita dapat sesuatu yang berbeza sebab setiap orang memiliki experience and opinion yang berbeza..itu yang seronok nye..


So aku klik la kat blog tuh..baca punya baca..dengan khusyuk sekali..memang betul betul fokus la time tuh..Nak ker aku tunjuk kan muka aku time fokus macam mne? Tak perlu la kot,sebab nanti mesti korang rasa nak tumbuk aku laju laju..kih kih..Seriously,bila tengah baca tu macam rasa sedih pun ada..memang sedih la..maybe ayat ayat dalam blog tuh..yang boley aku jelaskan pasal blog tuh ialah blog tu berbentuk muslimah..entry untuk kali tuh ketika harus melepaskan cinta.


Bila cerita pasal cinta pasti aku teringat si dia..apa khabar agaknya?dah lama tak contact..kadang kadang perasaan rindu tu tak boley nak buang,datang dengan sendiri nya..biar la si dia fokus apa yang ada depan mata dia..tak perlu ganggu..sambil buat muka pasrah..Berbalik pada blog tadi aku tertarik dengan ayat nie..


ADA SAATNYA DIMANA KITA HARUS BERHENTI MENCINTAI SESEORANG BUKAN KERANA ORANG ITU BERHENTI MENCINTAI KITA MELAINKAN KERANA KITA MENYEDARI BAHAWA ORANG ITU AKAN LEBIH BAHAGIA APABILA KITA MELEPASKANNYA..


Melepaskan seseorang yang kita sayang memang susah tahap gaban la,tapi tak bermakna kita tak sayang pada dia right..cuma kadang kadang mungkin bagi pihak si dia rasa yang kita ini berhak untuk mendapat yang lebih baik..tapi percaya lah jika kita melepaskan sesuatu yang kita sayang pasti ada yang baik telah Allah siapkan...sekarang mungkin baru aku faham kenapa si dia melepaskan aku satu masa dulu .Awak, sambil tersenyum manis...jangan risau pasal saya,sebab saya rasa sekarang more better..saya boley jalani hidup saya dengan normal semula..aik,macam sebelum nie tak normal je kan..kih kih kih..maksud saya slow slow saya boley kawal perasaan saya ni..saya harap awak jaga diri elok elok..dah nak final kan..fokus ok..:)




Nah,saya bagi awak bear siap ada ucapan gud luck lagi..:)

No comments:

Post a Comment