Assalammualaikum wbt semua..
Harap-harap semua sihat la yew..Amin..Entri kali ini hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu mengenai topik yang rasanya sangat dekat dengan remaja iaitu sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai "Valentine Day"..Macam yang kita taw 14 Februari adalah tarih keramat untuk sambutan Valentine Day..
Aku tak la terlalu arif dalam bab ni..Tapi mengikut apa yang aku belajar dan apa yang aku tahu kita sebagai umat islam sangat-sangat tidak digalakkan meraikan sambutan valentine day nie..Haram hukumnya..Sangat-sangat bertentangan dengan ajaran agama islam..Kat sini aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang..:)
Seperti yang aku tahu hari valentine day ini berkaitan dengan St Valentine yang dibunuh kerana pertelingkahan dengan penguasa Romawi iaitu Raja Claudius II.St.Valentine dianggap sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan.Maka pengikutnya memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.Setelah orang-orang Romawi masuk agama kristian pesta supercalis dikaitkan dengan kematian St.Valentine.Penerimaan upacara kematian St.Valentine dikaitkan dengan hari untuk berkasih sayang yang mengikut kepercayaan orang Eropah bahawa waktu berkasih sayang itu mula bersemi bagai burung jantan dan burung betina pada tanggal 14 Februari.
Ok... itu apa yang aku paham pasal sejarahnya..Nak cerita plak pasal hadiah yang biasanya si kekasih akan bagi pada pasangannya..Biasanya diorang akan bagi bunga mawar merah..Selain tu ada yang bagi coklat,bear,rantai dan macam-macam la..Kenapa mawar merah jadi pilihan?
Pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Ada caranya dalam Islam untuk kita melahirkan kasih sayang :)
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun...:)
Apa yang boleh aku rumuskan kat sini tak perlu la kita meraikan sambutan hari kekasih nie..Kita sendiri dah taw hukumnya kan..Tuhan dah berikan kita akal untuk kita berfikir..So gunakan anugerah yang Tuhan dah kurniakan pada kita sebaik-baiknya..Sampai sini saja entri untuk kali nie..Renungkan dan selamat berfikir..:)
~Sayonara~
No comments:
Post a Comment