Thursday, 23 February 2012

Love story


Assalammualaikum semua... 
Rasa macam dah lama tak up date blog..padahal baru seminggu yang lepas aku up date..gila sey..Mula- mula sekali nak ucap happy holiday kepada diri sendiri n kawan2 semua..Tinggal bape hari saja lagi dah nk abes cuti..Pastu semua akan stress dengan tugasan..harus la kan..hihihi..Sepanjang cuti nie kalau boring aku byak abes kan masa tngok movie..Nak cerita pasal movie yang aku tngok berulang-ulang kali nie..tak terkira rasanya bape kali dah aku tngok..Cerita nie more about love story..Ok..aku memang jiwang sejak akhir2 nie..I dont know why..Sebenarnya dah lama aku nie jiwang..:)
Tajuk cerita tu MILLI & NATHAN


Ini la watak romeo n juliet dalam cerita tu..So sweet..aku suka gandingan diorang berdua..:)
Macam aku cakap tadi cerita nie more kepada love story..Kira nya 100% la kisah cinta..Actually aku kagum dengan watak si gadis tu..Dia tak pernah putus2 mencintai lelaki tu..Walaupun lelaki tu dah tinggal kan dia,tapi dia tetap berharap lelaki tu akan bersama dengan dia semula..Betapa kuatnya cinta si gadis tu..Kalau nak tw lebih lanjut tngok la sendiri k..Aku bagi yang jelas sikit gambar heroin nya...


Cantik nya diaaaa..Sampai gambar dia pon aku jadikan gambar dekstop lappy aku...:)
Gambar si hero tak de la..sorry.. 
 Lagi satu aku suka ayat2 puitis yang digunakan dalam cerita nie..Ayat yang memberi seribu  satu makna dan menusuk kalbu...:)..Alamak!!!jiwang sey aku nie...
Kopi :
Cinta itu seperti kopi panas,
Paling enak diminum saat panas,
Tapi risikonya jadi cepat habis,
Biar enggak cepat habis,
Ianya diminum perlahan-lahan,
Tetapi risikonya keburu dingin...

Langit:

Setelah matahari,
Setelah langit,
Benda yang berwarna cerah,
Adalah harapan..

Ayat nie pon best...Aku suka...:)..like banyak2..

Dia adalah manusia yang selalu bingung menentukan arah
Belok kanan,belok kiri atau lurus sahaja,
Dia hanya tahu dia harus terus berjalan,
Tidak boleh berhenti,
Sampai di satu titik,
Sebuah kebuntuan menghadangnya,
Daripada memilih untuk berhenti,
Dia memilih untuk mundur lagi ke belakang,
Kerana yang penting baginya adalah,
Terus dan terus berjalan....

Terbang :

Tiap manusia bisa terbang,
yang dibutuhkan hanya seseorang,
Untuk menunjukkan bagaimana melebarkan sayapnya..

Luka :

Seni kehidupan adalah tinggal bersama luka.
dan setiap hari masih bisa tersenyum dan tertawa...

Gembira dan sedih itu satu package :)


Thursday, 16 February 2012

Relationship

 Assalammualaikum..
Rasa nya ramai yang salah faham dengan status diri aku sekarang nie..I'm married now..hahaha..



Wehhh,tu cuma married dalam facebook jewk weh..Bukan betul2..boleh tak aku nak cakap ko nie bangang???..Jangan la cepat melatah woi..Tak semestinya yang buat relationship dalam facebook tu kat luar dyorang betul2 bercinta kan?? Mungkin fake jewk..Lagi kelakar bila ada orang chat aku..soalannya berbentuk mcm nie ye..."awak dah kahwin ea?"...Nak tw ape yang aku jawab??.."Aah dah kahwin dah..Senang jewk jawapan aku..Aku akan yew kan jewk..malas nak story panjang2..Nanti banyak soalan pulak..Ok..Seriously aku dengan Coke n Sundae (Azreen Shah) tu kawan jewk..Cuma yang special tentang dia..Dia ex boyfriend aku masa kteorang form 3 dulu..Cinta monyet!!!Alowh..ttibe teringat kisah lama..ok,tutup buku dah..Ini bukan cerita cinta berputik kembali yew..Tapi ramai yang ingat kteorang kembali bersatu semula..Fuyooo..Sebenarnya tak la k..Mungkin disebabkan kteorang pernah couple dulu kot..Now, kawan jewk k..Lagi pun dia ok,so aku pon ok la dengan dia..:)



Suka dengan ayat yang atas nie...:)


p/s : awak jangan risau yew,one day awak akan jmpe seseorang yang terbaik untuk awak..:)

Wednesday, 15 February 2012

Hanif muhammad...

Awak,susah ke nak faham perasaan saya??Saya sayang awak lagi walaupun kita dah break up 3 bulan yang lepas..Tempoh masa yang sangat susah buat saya,hidup tanpa awak..Dulu semua nya indah sebab ada awak..suka jewk buat saya gelak,buat saya tersenyum..sekarang dah tak ada..tak ada lagi kedengaran suara awak,ketawa awak..i'm really miss that moment Hanif..Really2 miss..Honestly,dalam tempoh masa 3 bulan nie saya memang tak dapat lupakan awak..Bukan saya tak cuba..saya cuba..Maafkan saya awak..susah buat saya hanif..Tiap hari mesti teringat awak,kenangan kita n semua nya tentang awak..Saya tahu mungkin sekarang nie awak dah ada pengganti kan..takpe saya faham..But honestly kalau benda tu betul,saya KECEWA..:'(

Tiap hari saya selalu berharap yang kita akan macam dulu balik..Tiap hari saya tunggu tw..mana tw keajaiban berlaku..we can be together again..I'm so sorry hanif,i still love u.  :'(


ingat tak awak selalu akan cakap ayat nie kan saya :'(


Saturday, 11 February 2012

VaLeNtiNe Day

Assalammualaikum wbt semua..
Harap-harap semua sihat la yew..Amin..Entri kali ini hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu mengenai topik yang rasanya sangat dekat dengan remaja iaitu sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai "Valentine Day"..Macam yang kita taw 14 Februari adalah tarih keramat untuk sambutan Valentine Day..

Aku tak la terlalu arif dalam bab ni..Tapi mengikut apa yang aku belajar dan apa  yang aku tahu kita sebagai umat islam sangat-sangat tidak digalakkan meraikan sambutan valentine day nie..Haram hukumnya..Sangat-sangat bertentangan dengan ajaran agama islam..Kat sini aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang..:)

Seperti yang aku tahu hari valentine day ini berkaitan dengan St Valentine yang dibunuh  kerana pertelingkahan dengan penguasa Romawi iaitu Raja Claudius II.St.Valentine dianggap sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan.Maka pengikutnya memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.Setelah orang-orang Romawi masuk agama kristian pesta supercalis dikaitkan dengan kematian St.Valentine.Penerimaan upacara kematian St.Valentine dikaitkan  dengan hari untuk berkasih sayang yang mengikut kepercayaan orang Eropah bahawa waktu berkasih sayang itu mula bersemi bagai burung jantan dan burung betina pada tanggal 14 Februari.


Ok... itu apa yang aku paham pasal sejarahnya..Nak cerita plak pasal hadiah yang biasanya si kekasih akan bagi pada pasangannya..Biasanya diorang akan bagi bunga mawar merah..Selain tu ada yang bagi coklat,bear,rantai dan macam-macam la..Kenapa mawar merah jadi pilihan?
Pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Ada caranya dalam Islam untuk kita melahirkan kasih sayang :)
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun...:)

Apa yang boleh aku rumuskan kat sini tak perlu la kita meraikan sambutan hari kekasih nie..Kita sendiri dah taw hukumnya kan..Tuhan dah berikan kita akal untuk kita berfikir..So gunakan anugerah yang Tuhan dah kurniakan pada kita sebaik-baiknya..Sampai sini saja entri untuk kali nie..Renungkan dan selamat berfikir..:)
~Sayonara~

Thursday, 9 February 2012

cOret-CoReT 1

Hey yang di sana,
Yang disini minta maaf,
Buat yang disana rasa bersalah,
Yang disini tak ada niat pon,
Memang yang di sini tak gemar gosip,
Yang di sini takut orang di luar salah anggap,
Salah tafsir..
Hey yang di sana,
Yang di sini boleh saja bersahabat,
Hanya sahabat sahaja,
Takkakn lebih dan takkan kurang dari itu,
Harap yang di sana mengerti,
Sahabat selamanya..
                                                   Lebih baik begini kan...:)
                                                         
                                                                     ~SAYONARA~:P
Assalamualaikum..ehemm.. ...bersemangat sungguh hari nie nak update blog...kemain lagi..berkobar-kobar..saja nak lepas kan tension untuk masalah yang melanda sekejap tadi...errrr..seriously  SANGAT-SANGAT TENSION!!!..Nak taw tension sebab ape???Firstly masalah pasal roleplay untuk esok..untuk kelas SOFTSKILL..Tak suka la kene berlakon..memang rasa nya tak ada bakat kot untuk berlakon..rasanya la..kottt..(lebih baik rasa nya merendah diri,tak ke begitu???)..Malam nie confirm memang kene bersengkang mata la nak kene buat skrip nya..(fuhhhh...selesa)..Dari sem 1 sampai la ke sem 3 ni memang ada jewk roleplay yang kene buat..bidang tourism dengan roleplay memang tak boley dipisahkan..ibarat irama dan lagu..hahahah..(kemain lagi ayat ko gynda,keeeelass gitu)..Secondly pasal tempat untuk practikal..SUMPAH,tak nak jauh2..disebabkan diri ku ini berasal dari muar,so decide memang nak dpatkan tempat practikal kat sana..Dah ada,cume dia kata mungkin kene hantar ke cawangan lain..seram sey..Bukan sebab diri ini anak mak,sebab tu tak nak jauh..salah tu(tak baik main tuduh2..)..cuma nak berjimat..kalau jauh kene pkai duit banyak..tak ke begitu..Semoga Tuhan permudahkan la segala urusan aku..kalau tak dapat,terima ajela kat mana pon aku kene pergi..Bumi Tuhan nie kan luas..Insyallah.,cukup la rasa nya entri untuk kali ini...~~sayonara~~
menulis sekadar untuk berkongsi~~
 ~gynda~

Monday, 6 February 2012

Coret-coret

Aku  mula rasa takut,
Takut dengan tanggapan orang,
Takut dengan umpatan orang,
Takut dengan tuduhan orang,
Sejujurnya aku sangat takut,
Rasa seakan-akan dikejar oleh bayang-bayang sendiri,
Apa yang kau nampak,
Tak sama seperti apa yang kau fikirkan,
Tak sama juga apa yang berlaku,
Jangan sesekali berfikiran begitu,
Jangan sesekali kau memberi tanggapan segampang itu kepada aku,
Cukup sekali aku kata kan,
Sekali ini sahaja,
Hanya sekadar kawan
[Titik noktah]
Muktamad!!!

Sunday, 5 February 2012

Something New...

Assalamualaikum..ehem..Selamat datang diucapkan kepda diri sendiri..ngeee...sekarang nie baru nak berjinak-jinak dalam blog..jeles rasa nya bila ramai yang dah gunakan blog..rasa macam best..so rasa nk mencuba..mana la tahu satu hari nanti boley jadi hobi kan...kan~..By the way thanks to Irish Aida a.k.a Paris Hilton malaysia kerana sudi memberi kan tunjuk ajar..sngat la aku hargai..so speechless..hihihi..Kemain lagi (trademark Irish Aida)..Mungkin menerusi blog ini aku akan berkongsi sedikit cerita,berkongsi rasa dan seangkatan dengan nya la...hihihi..Sayonara~~~